Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

LocalFamily & Parenting
14 May 2026 • 4:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang bergelar ibu bapa, pasti biasa menghadapi sikap anak yang suka membuat permintaan saat akhir (last minute) sehingga buntu dibuatnya.

Manakan tidak, barang atau permintaan mereka itu sukar untuk dipenuhi apatah lagi jika ia hanya diberitahu menjelang waktu malam.

Rumah Depan Sekolah Jadi Kelebihan, Lelaki Sediakan Servis Cetakan Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Anak

Memahami apa yang dialami oleh ibu bapa termasuk dirinya sendiri, seorang lelaki yang duduk di hadapan sebuah sekolah menawarkan servis cetakan khususnya buat mereka yang terpaksa mencetak tugasan anak pada saat akhir.

Menerusi hantaran yang dikongsikan olehnya di Threads @nenolsdad, dia terpanggil untuk menyediakan perkhidmatan cetakan itu berdasarkan pengalaman yang dialaminya sendiri.

Apa yang menjadi perhatian adalah lokasi rumahnya yang strategik dan betul-betul di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh dilihat memudahkan lagi perniagaannya itu.

Melalui hantaran berkenaan, dapat dilihat bunting telah dipasang di hadapan rumah bagi menarik dan memberitahu pelanggan tentang servis yang disediakan.

Alat Tulis Kecemasan Turut Dijual, Pelanggan Hanya Perlu WhatsApp Dokumen Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah

Kongsi pengguna itu lagi, selain servis cetakan dan fotostat, dia turut menjual alat tulis kecemasan buat mereka yang memerlukan.

Menariknya, pelanggan hanya perlu menghantar dokumen yang mahu dicetak sebelum jam 10 malam dan boleh mengambil dokumen yang telah dicetak pada awal pagi sebelum menghantar anak ke sekolah.

“Anak cakap kena ‘print’ last minute? Jangan stres, kami bantu mudahkan urusan anda. Print & fotostat, laminate pun boleh,” tulisnya pada bunting.

Kongsi pengguna berkenaan, servis tersebut telah mula beroperasi sejak semalam (13 Mei).

“Doakan supaya berhasil walau sikit. Ini untuk latihan supaya kami familiar dengan environment bisnes. Dah dapat rentak kita pelan-pelan naik. Next bonda (isteri) Nenol nak buat produk makan ready to eat pula. Walid tolong jual je,” tulisnya.

View on Threads
View on Threads

Ramai Teruja Servis Printing Depan Sekolah, Akui Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 101,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji inisiatif lelaki terbabit yang menyediakan servis cetakan di hadapan sekolah.

Malah, ada yang menganggap perkhidmatannya itu sebagai ‘penyelamat’ buat ibu bapa yang pening untuk penuhi permintaan anak yang last minute.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang memberi cadangan agar dia mempelbagaikan lagi alat tulis yang dijual seperti kertas A4 berwarna, kad manila dan sebagainya.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Mantap Bang! Ada Masalah, Ada Penyelesaian. Supply & Demand. Itu Memang Cara Meniaga. Depan Sekolah Pula Tu”

Image from: Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

“Jangan Lupa Bang Beli Stok Kerta A4 Berwarna, Pensil Warna, Berus & Lain-Lain, Barang Tu Selalu Lupa Dulu”

Image from: Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

“Kaji Silibus Pendidikan Seni & Barang Apa Yang Diperlukan, Sediakan Stok, Biasa Barang Pendidikan Seni Ni Anak Memang Dah Malam Baru Bagitahu Kena Bawa”

Image from: Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

“Jual Kertas Mahjong Sekali Untuk Budak Sekolah Menengah, Dulu-Dulu Selalu Kena Presentation”

Image from: Lelaki Duduk Depan Sekolah Buat Servis Printing, Mudahkan Ibu Bapa Penuhi Permintaan Last Minute Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Duduk Rumah Pun Boleh Buat Duit! Ini Idea Mudah Buat Suri Rumah Yang Nak Cari Side Income

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Berniaga Sebab Kumpul Duit Nak Pergi Mekah Ditaja Ikhlas.com Untuk Tunai Umrah [Video]