
Tak Mahu Anak Basah Kena Hujan, Ibu Bapa Gabung Payung Iring Naik Bas
Kasih sayang ibu dan bapa buat anak-anak sememangnya tiada tandingan. Malah, setiap ibu dan bapa semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Biasanya, ibu dan ayah sering menjadi teman bercerita, tempat meluah masalah, tempat berkongsi kasih sayang serta tempat mengadu nasib buat anak-anak.
Bukan itu sahaja, setiap anak juga dijaga dengan baik ibarat menatang minyak yang penuh sejak lahir lagi.
Baru-baru ini, satu video dimuat naik oleh salah seorang pengguna Threads, @hazmanjamil mengenai pengorbanan ibu bapa terhadap anak mereka.
Ibu ayah bergabung payung demi anak-anak
Sudah menjadi lumrah, ibu bapa sentiasa inginkan anak-anak mereka untuk berada dalam keadaan sihat. Malah, jika terkena setitis hujan pun, mungkin akan mencetuskan kerisauan buat mereka.
Itulah pengorbanan besar ibu bapa yang tidak ternilai. Seperti yang dikongsi oleh @hazmanjamilm, beberapa orang ibu bapa dilihat bersepakat memayungi anak-anak mereka dari terkena hujan.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa orang kanak-kanak berpakaian seragam tadika berbaris untuk menaiki bas lawatan.
Namun, disebabkan cuaca hujan, para ibu bapa yang menghantar anak mereka bersepakat untuk berbaris di kiri dan kanan laluan dan bergabung beberapa buah payung untuk membuka laluan kepada mereka untuk naik ke bas dan mengelakkan anak-anak dari terkena hujan.

"Ibu ayah bergabung payung. Sebab hujan, nak bagi anak-anak Tasneem naik bas rombongan sekolah," kongsinya.
Baca juga:
Anak Ucap Selamat Tinggal Pada Ayah, Tapi Pesanannya Buat Ramai Terhibur
Lain Macam Cara Makan Nasi Kandar, Ramai Terhibur Tengok Gelagat Wanita Ini
Netizen terharu dengan tindakan ibu bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu atas sikap prihatin ibu bapa yang sanggup bersepakat demi mengelakkan anak mereka terkena hujan.
"Walaupun payungnya beraneka rupa dan saiz, namun impian setiap orang pada satu tujuan yang sama"
"Momen indah kan sebab rata-rata parents tak kenal pun tapi sebab anak-anak semua auto jadi kawan"
"Dahla dipayungkan, mak ayah tu sponsor payung doa lagi. What a life!"
"Perasaan mak ayah gini la, always nak the best untuk anak-anak"



