Lelaki Dukung Anak Minta Tolong Uncle Buat Sesuatu, Ramai Tak Sangka Ada “Plot Twist”

11 Jan 2026 • 12:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Dukung Anak Minta Tolong Uncle Buat Sesuatu, Ramai Tak Sangka Ada “Plot Twist”

Hari pertama menjadi seorang bapa merupakan pengalaman yang sukar dilupakan.

Detik itu menandakan permulaan tanggungjawab yang besar, bukan sahaja menjaga anak yang baru lahir, tetapi juga memberi perhatian dan sokongan kepada isteri yang sedang berpantang.

Salah satu cabaran awal yang ditempuhi ialah membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan rutin.

Ia merupakan satu pengalaman yang memerlukan kesabaran, perhatian dan langkah berhati-hati agar bayi sentiasa selesa dan selamat.

Tengah dukung anak, bapa minta tolong “uncle” 

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seorang bapa yang meminta pertolongan daripada seorang lelaki Cina untuk melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @hilmihairi_ di TikTok, lelaki berkenaan dilihat berdiri sambil mendukung bayi dengan satu tangan, manakala tangan yang satu lagi memegang beg berisi barang-barang anaknya.

image is not available

Lelaki itu kemudian memanggil “uncle” yang kebetulan berada di sekitarnya sambil menunjukkan bahu kepadanya.

Apa yang lebih melucukan, pada awalnya “uncle” itu menyangka @hilmihairi_ ingin meminta bantuan mengangkat beg, namun rupa-rupanya dia meminta untuk digaru di bahagian belakang badan.

Selepas selesai, @hilmihairi_ dilihat mengangguk sambil tersenyum seolah-olah mengucapkan terima kasih, manakala ‘uncle’ itu turut mengangguk dan mengangkat tangan sebelum beredar.

“Bagus bro ni. Tak malu untuk minta tolong”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok kelihatan terhibur melihat gelagat @hilmihairi_ dan tidak menyangka terdapat plot twist dalam video tersebut.

Pada masa sama, ramai memuji ‘uncle’ itu kerana sanggup menolong walaupun keadaannya kelihatan sangat random.

“Bang, beg tu boleh je letak atas kerusi. Abang saja kan nak manja-manja dengan uncle tu,” komen seorang wargamaya.

“Macam nak suruh garu lama lagi tu tapi segan kan,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
@hilmihairi_

Thankyou uncle tolong saya image is not available #fypシ゚