Lelaki Failkan Cerai, Terkejut Bila Dapat Tahu Isterinya Ada 3 Suami Lain

5 Aug 2023 • 7:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupanya kes ini berlaku di Malaysia

Lelaki Failkan Cerai, Terkejut Bila Dapat Tahu Isterinya Ada 3 Suami Lain. Jarang kita mendengar kes-kes yang luar biasa berkenaan perkahwinan di Malaysia.

Namun, satu kes telah mengejutkan ramai orang apabila seorang peguam syarie, Hasanah Johari, membongkar kejadian seorang wanita memiliki empat suami di tanah air kita ini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Wanita itu bukan sahaja mempunyai seorang suami tetapi tiga suami lain.

Menurut Hasanah, seorang suami telah hadir di mahkamah dengan tujuan untuk memohon faraq nikah (pembatalan perkahwinan), setelah mengetahui isterinya telah berkahwin dengan orang lain pada masa yang sama.

Sesungguhnya, permohonan faraq nikah ini jarang diajukan oleh suami, dan lebih mengejutkan apabila wanita tersebut bukan hanya mempunyai satu suami, tetapi juga tiga suami lain.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Wanita itu berkahwin pula dengan suami ketiga berwalikan wali raja (wali hakim).

“Bila hakim menyoal isteri, dia mengaku bahwa dia sudah menjadi isteri orang lain pada waktu mereka berkahwin,” kata Hasanah.

Beliau menambah lagi, isteri tersebut telah memfailkan permohonan fasakh (pembatalan perkahwinan) dengan suami pertamanya, tetapi kes tersebut telah dibatalkan.

image is not available
Lelaki Failkan Cerai, Terkejut Bila Dapat Tahu Isterinya Ada 3 Suami Lain

Selepas itu, wanita itu berkahwin dengan seorang lelaki dari Singapura, namun status perkahwinan tersebut masih tidak diketahui. Setelah beberapa tahun berlalu, wanita tersebut kembali berkahwin dengan suami ketiganya menggunakan wali raja (hakim).

Hasanah berkata, suami yang terbaru ini baru mengetahui tentang ketiga-tiga suami sebelumnya seminggu selepas mereka berkahwin, setelah melakukan semakan di pejabat agama.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: