Lelaki gaji PTI didenda RM10,000

28 Jul 2022 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang menggaji seorang pendatang tanpa izin (PTI) untuk bekerja di salunnya sebagai pendandan rambut, didenda RM10,000 atau penjara dua bulan.

Jafrie Alpa mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada pertuduhan terhadapnya, pada Rabu.

Dia didapati menggaji warga Filipina berusia 42 tahun itu pada jam 1.37 tengah hari 23 Feb tahun ini di Wow Bell Studio di kompleks beli-belah Centre Point Sabah, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Semasa rayuan, Jafrie yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dan denda dibayar secara ansuran.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada Jafrie supaya dia tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.

Mahkamah membenarkan permohonan Jafrie untuk membayar denda itu secara ansuran di mana dia perlu membayar RM5,000 pada Rabu dan bakinya pada atau sebelum 29 Ogos tahun ini.

Mahkamah mendengar bahawa pada hari tersebut, sepasukan petugas imigresen telah menjalankan Ops Bersepadu di kawasan itu dan selepas tiba di salun ini, mereka menyemak dokumen setiap pekerja.

Pasukan itu kemudian mendapati bahawa salah seorang pekerja (Filipina) tidak mempunyai dokumen.

Siasatan mendapati warga Filipina yang bekerja di salun itu sebagai pendandan rambut, diupah oleh Jafrie.

Jafrie bertugas untuk menguruskan perniagaan salun itu termasuk menggaji pekerja.

Dia didapati mengupah warga Filipina itu, yang tidak mempunyai sebarang dokumen, untuk bekerja di salun tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.