Muhamad Hafiz maut, kereta terjunam dalam sungai

18 Nov 2026 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Muhamad Hafiz maut, kereta terjunam dalam sungai
Kereta Proton Saga yang terjunam ke dalam sungai menyebabkan pemandunya maut. Foto pengguna media sosial

CHUKAI - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sungai Mak Ikar di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata dalam kejadian pada 5.40 pagi itu, mangsa Muhamad Hafiz Razali, 34, yang tidak mengalami kecederaan luaran disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Taman Wan Adnan, Kerteh memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Kerteh menghala ke Kemasik.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lalu terbabas masuk ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira 6 pagi daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Mohd Razi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved