Polis tembak mati suspek kes samun

18 Nov 2026 • 8:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis tembak mati suspek kes samun

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati seorang lelaki di Chow Kit di sini awal pagi tadi, selepas disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun di tepi jalan.

Serbuan dijalankan pada pukul 2 pagi selepas polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi dalam sebuah bilik hotel di Chow Kit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika serbuan, suspek yang bersenjata api telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis selepas menyedari serbuan berkenaan.

“Suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ketika serbuan dilakukan hingga menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan balas bagi mempertahankan diri.

“Tindakan itu berterusan sehingga ancaman keselamatan berjaya dihapuskan,” katanya semasa sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.
Fadil berkata, suspek yang merupakan rakyat tempatan itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian.

“Dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas sepucuk senjata api dan dadah disyaki jenis syabu yang ditemukan di dalam bilik suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah dikehendaki polis selepas menggunakan modus operandi menyamar sebagai pemandu teksi untuk menyamun penumpang khususnya wanita dan warga emas serta mangsa yang dirasakan lemah,” jelasnya.

Beliau berkata, susulan kejayaan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 24 kes samun yang dilaporkan sebelum ini

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Pihak polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan,” katanya. – UTUSAN

The post Polis tembak mati suspek kes samun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved