Lelaki hilang di Tongod ditemui selamat

25 Mar 2026 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Meliau, Tongod sejak 15 Mac lalu ditemui selamat pada petang Sabtu.

Bagaimanapun Mohd Nizam Dahlan, 32, ditemui dalam keadaan cengkung, tidak bermaya dan keletihan.

Mangsa dilaporkan keluar ke kebun sawit berhampiran rumahnya kira-kira jam 11 pagi sebelum didapati tidak pulang ke rumahnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan melibatkan pelbagai agensi keselamatan serta bantuan penduduk kampung sebelum mangsa berjaya dikesan di kawasan kebun sawit milik penduduk di Maliau.

Mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi pencarian.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tongod Leftenan Adrian Dauli ketika dihubungi pada Selasa berkata mangsa ditemui oleh orang kampung dalam keadaan selamat namun keletihan selepas beberapa hari berada di kawasan kebun sawit berkenaan.

“Lokasi mangsa ditemui agak jauh dari kampung, kira-kira 50 hingga 60 kilometer dan berada di kawasan kebun sawit berhampiran jambatan Jalan Sinaron,” katanya.