Lelaki hilang ketika menjala ditemui lemas

1 Jul 2023 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota penyelamat berusaha mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika menjala di sebuah lombong di Bidor pada Sabtu. Foto: ihsan Bomba Perak. Gambar kanan: Mayat mangsa yang berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di bawa ke tebing untuk diserahkan kepada pihak polis. Foto: ihsan Bomba Perak

image is not available

TAPAH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sebuah lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan di sini pada Jumaat ditemukan lemas.

Mayat M Krisnan, 45, dijumpai oleh pasukan penyelamat sekitar jam 9.21 pagi pada Sabtu di tebing lombong berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa berjaya ditemui hampir 20 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

"Aktiviti pencarian diteruskan pagi ini dengan tumpuan pencarian di kawasan jaring milik mangsa yang ditemui semalam (Jumaat).

"Dua bot digunakan dalam operasi itu dengan lingkungan jarak 30 meter dari tebing ke lokasi jaring mangsa dengan kaedah pusaran air dan bentuk lapan," katanya di sini.

Menurut beliau, dengan kaedah tersebut berjaya akhirnya berjaya ditemui di tebing lombong.

Sayani berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seramai 29 anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9), pegawai Zon 2 dan polis.

"SAR yang diketuai Komander Operasi, A Ravi tamat pada jam 10 pagi," katanya.