Lelaki Hilang Peti Suara Gara-Gara Tabiat Merokok

9 Dec 2023 • 1:26 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

13 Tahun Tanpa Peti Suara: Kisah Inspirasi dari Seorang Survivor Kanser

Lelaki Hilang Peti Suara Gara-Gara Tabiat Merokok. Satu hantaran video tular mengenai seorang individu menemubual seorang lelaki yang merupakan bekas pesakit kanser, mengungkapkan bahawa beliau telah kehilangan peti suaranya 13 tahun yang lalu akibat merokok.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, lelaki tersebut menceritakan bahawa walaupun telah menjalani radioterapi, keadaannya tidak membaik sehingga doktor memutuskan untuk membuang peti suaranya.

image is not available
Lelaki Hilang Peti Suara Gara-Gara Tabiat Merokok. Sumber: siraplimau

Netizen meluahkan rasa kesedaran terhadap bahana tabiat merokok

Dalam pada itu, perkongsian ini telah menimbulkan kesedaran di kalangan netizen mengenai bahaya merokok dan banyak yang menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tersebut.

Ada yang berkongsi bagaimana video itu mempengaruhi mereka untuk membuang rokok mereka, sementara yang lain mengambilnya sebagai pengajaran dan mengucapkan rasa syukur atas kesihatan yang mereka miliki.

@nadianozula

Peringatan utk perokok dan juga suami sy.. kanser tu adalah pilihan Allah swt tp kita perlu berusaha utk berjaga2.. #kanserpetisuara #canserawerness #kesedarankanser #putrajaya #perbadananputrajaya #diettanpaproduk

♬ original sound – Nadia Nozula – Nadia Nozula

Untuk maklumat, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 90% kes kanser peti suara disebabkan oleh penggunaan tembakau.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan merokok:

https://www.iloveborneo.my/koyak-ditegur-merokok-di-tempat-awam-tindakan-bapa-bayi-7-bulan-dari-kuching-ini-dipuji-netizen/

https://www.iloveborneo.my/drama-projek-high-council-ditegur-terlalu-banyak-adegan-merokok-secara-terbuka-dan-keterlaluan/