Polis mohon bantuan kesan pelajar lelaki 14 tahun dilaporkan hilang

8 Dec 2023 • 2:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam, semalam. 

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari, Khamis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. - 8 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved