Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang

8 Dec 2023 • 12:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam, semalam.

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari, Khamis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999.

 

Sumber: Bernama