Lelaki Ini Didakwa Ialah Satoshi Nakamoto – Pencipta Bitcoin

WorldTechnology
8 Apr 2026 • 4:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hampir dua tahun lalu, identiti sebenar Satoshi Nakamoto didedahkan ialah Peter Todd seorang pembangun perisian dari Kanada dalam dokumentari Money Electric: The Bitcoin Mystery. Hari ini The New York Times mengatakan identiti sebenar pencipta mata wang kripto Bitcoin ini ialah Adam Back, seorang ahli kriptografi British dan tokoh penting dalam komuniti Bitcoin.

Dalam siasatan yang mengambil masa setahun, wartawan John Carreyrou menemukan beberapa persamaan antara Black dan Satoshi. Antaranya ialah penggunaan Hashcash yang merupakan komponen penting yang digunakan Satoshi dalam Bitcoin. Hashcash dicipta oleh Black.

image is not available
Adam Back

Wartawan John Carreyrou menjalankan penyiasatan setahun untuk mencari identiti sebenar Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin. Penyelidikan itu akhirnya menumpukan kepada Adam Back, seorang ahli kriptografi British dan tokoh penting dalam komuniti Bitcoin.

Back juga merupakan ahli awal pergerakan Cypherpunks terdiri daripada kumpulan aktivis, ahli teknologi dan ahli kriptografi yang membincangkan strategi untuk meningkatkan privasi dan menentang pengawasan kerajaan serta korporat. Arkib Cypherpunks menunjukkan Back berkongsi idea mirip Bitcoin (10 tahun sebelum ia wujud) seperti wang elektronik tanpa bank, sistem teragih yang tahan serangan, mekanisme “proof-of-work” dan kawalan inflasi melalui peningkatan kesukaran menghasilkan Bitcoin.

image is not available
Patung Satoshi Nakamoto di Bucharest

Kajian linguistik menemui persamaan lain seperti Satoshi dan Beck menggunakan ejaan Bahasa Inggeris British, kesilapan tatabahasa yang sama, penggunaan frasa unik, tabiat menaip dua ruang selepas noktah dan penggunaan istilah teknikal yang tidak lazim.

image is not available

Tindak tanduk Beck ketika di permulaan Bitcoin juga dilihat mencurigakan. Selepas Satoshi mengumumkan Bitcoin pada tahun 2008, beliau aktif selama 3 tahun sebelum menghilangkan diri pada tahun 2011. Dalam tempoh tersebut Back langsung tidak aktif walaupun idea Bitcoin berkongsi banyak persamaan dengan idea yang dikongsi oleh beliau jauh lebih awal. Back hanya aktif dalam perbincangan Bitcoin selepas Satoshi menghilangkan diri.

Walaupun laporan ini mendakwa Adam Back ialah Satoshi Nakamoto, Back sendiri tidak mengaku beliau adalah pencipta Bitcoin yang penuh misteri apabila disoal oleh penulis. Maka untuk waktu ini identiti sebenar Satoshi Nakamoto yang memegang 1.1 juta Bitcoin bernilai $78,938,431,000 (~RM 314,008,892,340) masih belum benar-benar disahkan tetapi Adam Back ialah calon yang paling hampir adalah beliau.