Lelaki Ini Jadi Perhatian, Hanya Sempat Selamatkan PS5 Ketika Gempa Di Maghribi

Entertainment
10 Sep 2023 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan berita gempa bumi di Maghribi yang setakat ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa, lapor CNN.

Dalam pada itu, ada satu gambar yang telah menarik perhatian warganet di mana seorang lelaki dikatakan masih sempat menyelamatkan alat permainan konsol PS5 ketika kejadian gempa yang melanda negara itu.

Dalam gambar yang dikongsikan di platform X itu, lelaki berkenaan dilihat memegang PS5 walaupun dirinya sendiri hanya berseluar pendek, tak berbaju dan tidak berselipar.

Tindakan lelaki itu telah menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan sesetengah netizen.

image is not available

image is not available

Biasalah tu kan, bila dalam keadaan panik, otak kita pun tak dapat berfikir dengan baik, jadi ambil je lah barang yang ada paling dekat dengan kita sebelum selamatkan diri. Mungkin ketika kejadian, PS5 tu yang paling dekat dengan dia kan.

Apa-apa pun, jangan lupa juga untuk doakan kepada mangsa-mangsa gempa di Maghribi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.