Lelaki Kantoi Buat Hal Tak Senonoh Di Stesen MRT, Merayu Dilepaskan Bila Kena Tangkap

23 Jun 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki muda merayu agar dirinya dilepaskan selepas ditangkap melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

Dalam kejadian yang berlaku di stesen MRT Taman Cheras itu, lelaki tersebut dipercayai telah merakam bawah skirt wanita yang menyebabkan suami mangsa berasa marah.

image is not available

Suami mangsa segera merampas telefon milik lelaki itu, mencekup leher dan membawanya berjumpa dengan petugas MRT.

Selepas diperiksa, lelaki itu memberi alasan dia hanya mahu merakam pemandangan sekeliling namun semakan rakaman video dan televisyen litar tertutup (CCTV) membuktikan sebaliknya.

Dalam pada itu, suami mangsa segera memanggil pegawai polis yang bertugas sebelum pasangan itu membuat laporan di balai polis yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan memuji suami mangsa yang pantas bertindak selepas menyedari perkara itu.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 weeks ago

Cuba 'Check' Telefon, Isteri Pemandu E-Hailing Terkejut Tengok 'History' Google Suami - "Dia Rakam Bontot Pelanggan"