Lelaki Kantoi Curang Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

25 Jun 2024 • 12:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang tular kerana pukul isteri selepas didakwa kantoi curang di sebuah hotel di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Port Dickson pada Selasa.

Lelaki Kantoi Curang Pukul Isteri

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Mohd Ridwan Mat Nasir bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Lelaki kantoi curang tidak mengaku bersalah

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut pertuduhan, lelaki berkenaan bekerja sebagai juruteknik dan telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya pada 24 Mei 2024.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Asiah Mahmud mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

image is not available

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni memohon jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan hanya bekerja sebagai juruteknik.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan tarikh sebutan semula kes dijalankan pada 23 Julai ini.

image is not available

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki memukul isterinya yang dipercayai baru habis berpantang sehingga cedera di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota.

Menerusi siasatan polis, kejadian itu disyaki berlaku disebabkan isteri kepada lelaki itu menangkap suaminya sedang berlaku curang.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)