
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 29 tahun didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan sejumlah RM21,998.
Mohd Faiz Raiman mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap kedua-dua pertuduhan dikenakan ke atasnya.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Faiz didakwa melakukan pecah amanah yang diberikan kepadanya sebagai pegawai eksekutif perhubungan Syarikat BVP Rich
Holding Sdn Bhd dengan menjadikan wang kutipan berjumlah RM12,000 daripada pelanggan syarikat itu Sadorah Vickson untuk kegunaannya sendiri.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Kesalahan itu didakwa berlaku di premis syarikat di KKIP Selatan Taman RBF, di sini antara 13 Mac 2021 dan 29 Mac 2021.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan menjadikan wang kutipan sebanyak RM9,998 daripada pelanggan syarikat Siti Subaida Samsuddin untuk kegunaan sendiri di tempat sama pada 29 Apr, 2021.
Kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, dan sebatan, dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 29 Julai untuk sebutan dan membebaskan Mohd Faiz dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.
Terdahulu, Mohd Faiz yang tidak diwakili meminta jaminan diberikan kerana dia tidak bekerja dan ibu bapanya sakit.
Mohd Faiz memohon jumlah jaminan lebih rendah.
Timbalan Pendakwa Raya Al-Hakim tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

