Tindakan seorang lelaki merakam tiga wanita tanpa kebenaran ketika mereka sedang makan di sebuah restoran di Petaling Jaya mengundang padah apabila perbuatannya terbongkar dan dia ditahan pelanggan lain selepas cuba melarikan diri.
Insiden itu tular di TikTok selepas pengguna akaun @E.ndr4 memuat naik video rakaman. Dalam video itu, tiga wanita berkenaan sedang makan apabila salah seorang daripada mereka menyedari lelaki di meja sebelah berkelakuan mencurigakan dan terus menegur lelaki tersebut.
Cuba kalau lelaki tu handsome confirm akan ada video " Gais bantu cari abg hensem ni " . komen pun tiktok mmg x boleh blah
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) May 15, 2025
Lelaki gatal macam ni jgn la backup & dah la bodoh kantoi busuk rakam gmbr org. Next time pakai la meta pic.twitter.com/MFoc4Lz8HI
Lelaki itu pada awalnya menafikan dakwaan tersebut, namun akhirnya mengalah selepas diminta menunjukkan kandungan telefon bimbitnya. Setelah diperiksa, mereka mendapati bukan sahaja video mereka dirakam, malah terdapat beberapa rakaman wanita lain berpakaian seksi.
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit dilihat cuba melarikan diri tanpa mengambil semula telefonnya. Bagaimanapun, dia berjaya ditahan oleh pelanggan lain sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Ramai netizen memuji keberanian tiga wanita tersebut yang tampil mempertahankan hak mereka dan tidak membiarkan perbuatan tidak bermoral itu berlalu begitu sahaja. Dalam masa yang sama, ramai turut menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap perbuatan merakam tanpa izin yang dianggap satu bentuk gangguan seksual.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung siasatan terhadap lelaki terbabit.
The post Lelaki kantoi rakam wanita tanpa izin di kedai makan appeared first on The Reporter.





