Lelaki ‘kencing’ dalam premis makanan cetus rasa jijik, netizen persoal tahap kebersihan

10 Aug 2026 • 3:15 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Lelaki ‘kencing’ dalam premis makanan cetus rasa jijik, netizen persoal tahap kebersihan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang didakwa membuang air kecil di dalam sebuah premis makanan mencetuskan rasa jijik dan kemarahan pengguna media sosial selepas rakaman kejadian itu tersebar.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki berbaju putih berdiri menghadap satu sudut berhampiran tingkap dan rak sebelum dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads, @mia.azraaaa, yang mendakwa insiden berkenaan berlaku ketika dia sedang menikmati makanan di premis terbabit.

“Tengah sedap makan tiba-tiba ternampak orang main kencing je terus dalam kedai. Hilang selera aku,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai menjijikkan, selain membangkitkan persoalan mengenai kebersihan serta tindakan pihak premis.

“Kami berada dalam emosi yang tak stabil tengok video berkenaan. Gelinya, mesti bau hancing dekat situ,” kata Ejad.

Harizan pula menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai sesuatu yang membimbangkan sekiranya semakin dianggap perkara biasa.

“Benda ni macam dah jadi perkara biasa dah wei, esok silap hari bertambah orang macam ni,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Izwan, mempersoalkan sama ada kakitangan premis menyedari kejadian tersebut dan mengambil sebarang tindakan.

“Cuba beritahu jelas kejadian bila dan dimana? Takkan staf kedai tak ada buat apa, halang ke apa,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini lokasi sebenar premis berkenaan dan identiti lelaki terbabit masih belum dapat dipastikan.

Status tindakan pihak pengurusan premis berhubung kejadian itu juga belum diketahui, termasuk sama ada laporan rasmi telah dibuat.

The post Lelaki ‘kencing’ dalam premis makanan cetus rasa jijik, netizen persoal tahap kebersihan appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved