![Image from: [VIDEO] ‘Tengah sedap makan, tiba-tiba…’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/TULAR-VIRAL-BUANG-AIR-KECIL-1024x766.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki didakwa membuang air kecil di dalam sebuah premis makanan mengundang rasa jijik dan kecaman orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @mia.azraaaa, dia mendakwa sedang menikmati makanan sebelum ternampak lelaki berkenaan dipercayai membuang air kecil di satu sudut premis tersebut.
“Tengah sedap makan tiba-tiba ternampak orang main kencing je terus dalam kedai. Hilang selera aku,” tulisnya.
Rakaman yang dikongsikan menunjukkan seorang lelaki berbaju putih berdiri menghadap satu sudut berhampiran tingkap dan rak di dalam premis berkenaan.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa kurang senang selain mempersoalkan tindakan individu terbabit.
“Kami berada dalam emosi yang tak stabil tengok video berkenaan. Gelinya, mesti bau hancing dekat situ,” kata Ejad.
“Benda ni macam dah jadi perkara biasa dah wei, esok silap hari bertambah orang macam ni,” komen Harizan.
“Cuba beritahu jelas kejadian bila dan dimana? Takkan staf kedai tak ada buat apa, halang ke apa,” komen Izwan.
Setakat ini, lokasi kejadian serta identiti lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan dan belum diketahui sama ada pihak pengurusan premis sudah mengambil tindakan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Tengah sedap makan, tiba-tiba…’ appeared first on Kosmo Digital.




![[VIDEO] ‘Kalau lori tu brek mengejut, boleh terus ke alam lain’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/IMG-20260810-WA0010-1024x766.jpg)

