Lelaki mahu tutup suis mesin basuh maut terkena renjatan elektrik

27 Nov 2024 • 3:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PASIR PUTEH, 27 NOV: Lelaki berusia 33 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di kediamannya di Kampung Banir Belikong, di sini pagi tadi.

Mangsa terkena renjatan elektrik jam 4.57 pagi sebelum terjatuh ke sungai depan rumahnya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa mahu menutup suis mesin basuh di depan rumahnya dan ketika itu rumah mangsa sudah dilanda banjir dengan keadaan arus deras.

Rumah mangsa berada di kawasan rendah dan bersebelahan sungai, lapor Berita Harian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.57 pagi sebelum pihaknya tiba di lokasi.

Katanya, mayat mangsa ditemui jam 5.30 pagi dalam keadaan tersangkut di pokok beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Operasi tamat jam 5.34 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved