
PAPAR: Seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun maut akibat cedera parah manakala seorang lagi parah berikutan pelanggaran dua motosikal di Lebuhraya Pan Borneo, dekat Kampung Andus, di sini, Ahad.
Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Daerah Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa maut – bersama seorang pembonceng – menghala ke Kimanis dari Andus bertembung dengan sebuah lagi motosikal menuju ke arah bertentangan.
“Ketika itu, dipercayai penunggang sebuah lagi motosikal – berusia 14 tahun - yang dalam perjalanan dari Benoni hilang kawalan sebelum bertembung dengan mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, lelaki itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ari Hospital Papar yang berada di tempat kejadian,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Katanya, remaja itu parah manakala pembonceng, 57, yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, mangsa maut dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



