Lelaki maut dalam SUV JPS di Sungai Besar

14 Aug 2026 • 8:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut dalam SUV JPS di Sungai Besar

SABAK BERNAM – Seorang lelaki dipercayai kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) milik jabatan itu di Jalan Klang-Teluk Intan, Pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pintu kereta terkunci kira-kira pukul 6.36 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar diatur gerak sebelum tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu SUV jenis Nissan X-Trail milik JPS telah dibuka orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Terdapat seorang lelaki berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya malam ini.

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut dalam SUV JPS di Sungai Besar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved