Lelaki maut dihempap kontena

26 Jul 2023 • 9:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas dihempap kontena dalam satu kejadian di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa berusia lingkungan 40-an telah meletakkan keretanya bersebelahan dengan kontena sepanjang 40 kaki untuk pergi membeli makanan di restoran berdekatan di situ.

Beliau berkata kontena tanpa kepala lori itu telah diletakkan di hadapan kedai tersebut bertujuan bagi keria-kerja pemunggahan barang.

“Selang beberapa minit kemudian, mangsa mendapati kontena tersebut sedikit condong, lalu mangsa bertindak untuk mengalihkan kenderaannya.

“Keadaan tanah yang mendap dan jerlus mengakibatkan kaki kontena tidak stabil lalu terbalik dan menghempap mangsa serta keretanya, sebelum sempat mengalihkan kenderaan tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Cha berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi bedah siasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved