Ngeri! Lelaki Maut Dihempap Kontena, Didakwa Berpunca Dari Tanah Mendap

Entertainment
26 Jul 2023 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular beberapa video ngeri yang memaparkan seorang lelaki maut kerana dihempap kontena di kawasan lot kedai.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian ngeri itu berpunca daripada keadaan kontena tersebut yang tidak stabil kerana terdapat tanah mendap di jalan tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sebuah kereta Perodua Kancil dihempap kira-kira pukul 5.09 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati kontena tanpa kepala lori itu diletakkan di tepi jalan itu bagi kerja-kerja pemunggahan barang.

“Mangsa dipercayai turut parkir bersebelahan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berdekatan.

Namun, lelaki itu ternampak kontena berkenaan sedikit condong sebelum bertindak mengubah kereta miliknya ke kawasan lain,” katanya.

Mangsa dikatakan tidak sempat untuk beredar dari tempat kejadian dan sedang berada di luar keretanya lalu dihempap oleh kontena itu, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengatakan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.