Lelaki Maut Dilanggar Semasa Isi Minyak Di Bahu Jalan

LocalCars
17 Mar 2026 • 5:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Maut Dilanggar Semasa Isi Minyak Di Bahu Jalan

IPOH, 17 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut dalam kejadian langgar lari semasa membantu mengisi minyak kenderaan rakannya di bahu jalan di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Abdul Samad Othman berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 5.15 petang dan mangsa yang berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia pada 10.50 malam di Hospital Gerik.

Baca juga:

“Siasatan mendapati seorang lelaki yang kehabisan minyak semasa memandu Proton Saga telah menghubungi mangsa untuk meminta tolong dan mangsa hadir dengan menunggang motosikal.

“Mereka dilanggar sebuah kereta putih dari arah Jeli ke Gerik yang tidak dikenal pasti jenisnya semasa mengisi minyak ke dalam tangki kereta pada sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah manakala rakannya tidak cedera.

Beliau berkata polis kini giat mengesan pemandu kenderaan terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pihak trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menerusi talian 05-7912222.