Lelaki Maut Dengan Kesan Tikaman Di Leher Dalam Bilik Mandi

21 May 2026 • 7:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Maut Dengan Kesan Tikaman Di Leher Dalam Bilik Mandi

Lelaki Maut Dengan Kesan Tikaman Di Leher Dalam Bilik Mandi

KOTA BHARU, 21 Mei (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditemukan maut di dalam bilik mandi sebuah rumah di Jalan Masjid Baung Bayan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 1.05 tengah hari.

Beliau berkata mangsa yang bekerja di Pasir Gudang, Johor dilaporkan baru pulang bercuti di kampung halamannya pada 16 Mei lepas.

Baca juga:

“Berdasarkan keterangan saksi, iaitu ibu saudara mangsa, dia yang pergi ke bilik mandi melihat darah di atas lantai dan menemukan mangsa dalam keadaan berdarah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 1.15 tengah hari oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat yang mengesahkan punca kematian disebabkan oleh luka-luka tikaman pada leher,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Azmir berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.