
KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas dipukul oleh rakan sendiri, dipercayai akibat salah faham di Kampung Gaur Podos di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian awal disedari oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada jam 2.13 pagi.
Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, pihak polis mendapati seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, pada jam 9.55 malam hari yang sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Belud menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.
“Siasatan turut mendapati selepas kejadian itu, suspek melarikan diri dan bersembunyi di kebun Kampung Gaur.
“Operasi mengesan suspek segera dijalankan di sekitar lokasi sebelum suspek berjaya diberkas di rumah keluarganya ketika ingin mendapatkan bekalan makanan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Shahrudin berkata, mangsa dan suspek menetap di kampung sama dan motif pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham yang telah lama berlaku.
“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.
Shahrudin juga menasihatkan orang awam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
