Lelaki maut ditikam rakan senegara guna gunting

8 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut ditikam rakan senegara guna gunting
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras menahan suspek utama berusia 30-an di sebuah premis di sekitar Taman Maluri.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan dipercayai terbabit dalam kes bunuh rakan senegaranya di Taman Maluri Cheras di sini pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia awal 20-an disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akibat kecederaan parah di bahagian perut.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek utama berusia 30-an di sebuah premis di sekitar Taman Maluri kira-kira jam 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Fadil berkata, polis turut merampas sebilah gunting yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian tersebut.

"Semakan mendapati suspek tidak bekerja dan tidak mempunyai rekod lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan pada hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan, termasuk proses bedah siasat di Pusat Forensik HCTM," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved