
PARIT – Dua lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kegiatan curi kabel Telekom Malaysia ditahan polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, serbuan tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.
“Hasil serbuan telah menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel.
“Pihak polis telah berjaya membuat rampasan sebanyak empat gulung kabel tertera tulisan telekom, satu pemotong besi, sebatang besi pengait dan sebuah kenderaan jenama Proton Saga yang digunakan oleh suspek dalam kegiatan mencuri kabel,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Hafezul Helmi berkata, hasil siasatan awal terhadap suspek mendapati mereka mengaku telah terlibat dalam dua kes lagi di dalam negeri ini.
“Ujian saringan awal air kencing dapati kedua-dua suspek postif dadah jenis methamphetamine.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di mahkamah majistret untuk siasatan lanjut,” katanya.
Justeru itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kecurian kabel kepada pihak polis agar siasatan boleh dijalankan bagi mencegah dan membanteras jenayah kecurian kabel. – KOSMO! ONLINE
The post Dua lelaki terlibat aktiviti curi kabel TM diberkas appeared first on Kosmo Online.






![[KEMASKINI] Lelaki 27 rekod jenayah ditahan curi lori hijau](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/photo-output-28-1024x768.jpeg)