Polis tahan dua lelaki, rampas 30 mesin bitcoin

LocalTechnology
30 Sep 2026 • 4:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis tahan dua lelaki, rampas 30 mesin bitcoin

PARIT: Polis menahan dua lelaki dan merampas 30 mesin melombong mata wang digital bitcoin di sebuah premis di Seri Iskandar, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama pasukan jurutera Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipercayai melakukan penyambungan wayar elektrik secara haram bagi membolehkan aktiviti perlombongan bitcoin dijalankan.

“Hasil operasi itu, polis merampas 30 mesin melombong bitcoin, sebuah router internet, sebuah desktop switch dan segulung wayar elektrik.

“Dua lelaki warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. – UTUSAN

The post Polis tahan dua lelaki, rampas 30 mesin bitcoin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved