Lelaki maut kereta masuk gaung 

LocalCars
13 Mar 2025 • 9:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki ditemui maut selepas Mitsubishi Triton yang dipandunya dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Batu 38 Jalan Kalabakan-Tawau, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian balai pada jam 9.10 pagi dan mengerahkan lima anggota dengan sebuah jentera ke tiba di lokasi sejauh 165 kilometer (km) pada jam 12 tengah hari.

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengusung khas dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi dibantu tiga anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.