Lelaki maut ketika bawa ikan baulu dari Tawau ke Keningau

2 Apr 2026 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KALABAKAN: Seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Kalabakan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mangsa ketika kejadian sedang membawa ikan baulu dari Tawau ke Keningau. Beliau berkata pemandu tercampak keluar melalui cermin hadapan sebelum kenderaannya terjatuh ke dalam longkang kecil di bahu kiri jalan.

Seorang penumpang warga asing berusia 40 tahun yang bersama pemandu itu pula tersepit di tempat duduk hadapan dan berjaya dikeluarkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang.

Siasatan awal mendapati kenderaan Toyota Hilux yang terlibat dipercayai terbabas sendiri ketika melalui satu selekoh.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika tiba di selekoh tersebut menyebabkan kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kenderaan itu juga dipercayai berpusing menghala semula ke arah Tawau sebelum terhenti di dalam parit yang mengakibatkan pemandu tercampak keluar manakala penumpang tersepit,” katanya.

Petugas perubatan dari Klinik Kalabakan kemudian mengesahkan pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved