Dua maut, dua parah nahas berhampiran sekolah

19 Apr 2026 • 7:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Air Hitam, Kluang.Foto JBPM Johor

KLUANG - Dua lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lalang, Jalan Air Hitam, di sini petang Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan I, Ramli Said berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.10 petang sebelum 12 anggota ke lokasi.

Menurutnya, setibanya pasukan operasi pada jam 4.19 petang, kemalangan didapati melibatkan sebuah Volvo XC90, Proton Saga dan Toyota Vios.

"Pemandu Volvo, seorang lelaki, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu Proton Saga pula seorang wanita yang cedera dan telah keluar dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba.

"Bagi Toyota Vios, terdapat empat mangsa iaitu dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala dua lagi lelaki mengalami kecederaan parah.

"Dua mangsa yang maut didapati tersepit dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang," katanya.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved