Lelaki maut rempuh belakang lori bawa muatan batu bata

LocalCars
14 Oct 2026 • 9:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut rempuh belakang lori bawa muatan batu bata
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Kilometer 231.9 Lebuhraya PLUS arah utara. Foto PDRM
Image from: Lelaki maut rempuh belakang lori bawa muatan batu bata
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Kilometer 231.9 Lebuhraya PLUS arah utara. Foto PDRM

REMBAU - Pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang lori lain dalam kemalangan di Kilometer 231.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Ngiam Ooi Ming berkata, kemalangan melibatkan lori jenis Scania R450 dipandu mangsa dan Volvo FL10 yang membawa muatan batu bata.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika lori jenis Volvo FL10 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun sedang dalam perjalanan dari Jasin, Melaka menuju ke Sendayan, Negeri Sembilan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian ketika melalui laluan mendaki, lori berkenaan dipercayai dilanggar di bahagian belakang oleh lori Scania R450 yang bergerak dari arah sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

**media[3677532]**

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan pemandu lori Scania R450 mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori Volvo tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

"Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved