Pelajar maut, rakan cedera motosikal rempuh lori

12 Oct 2026 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut, rakan cedera motosikal rempuh lori
Seorang pelajar sekolah maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Kerawai dekat sini, petang tadi. Gambar hiasan

SIK - Seorang pelajar sekolah maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Kerawai dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Syamzury Saman berkata, dalam kejadian 2.50 petang itu, kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah yang sama, dengan lori dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Kampung Kerawai, manakala motosikal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang ke Kampung Bandar Hilir.

"Motosikal itu dinaiki remaja lelaki berusia 16 tahun bersama rakannya berusia 15 tahun. Penunggang maut di lokasi manakala pembonceng masih dirawat di Hospital Sik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori berkenaan sedang membelok untuk masuk ke simpang jalan mini tar di sebelah kanan dan motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar lori."Pelanggaran itu menyebabkan motosikal terperosok ke bawah lori. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved