Pemandu maut rempuh belakang lori di LPT2

13 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu maut rempuh belakang lori di LPT2
Keadaan lori dipandu mangsa selepas merempuh bahagian belakang sebuah lagi lori lain dalam kemalangan di Kilometer 428.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pada Selasa.

​KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori lain di Kilometer 428.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Selasa.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang juga pemandu lori jenis Isuzu, Divakgar Anbalagan, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

​Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Mercedes Benz dipandu Mahmid Mohamad, 63, sedang bergerak dari arah Ajil menghala ke Tepoh.

​"Lori Isuzu yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Store Shoppe Gong Badak lalu melanggar bahagian belakang lori Mercedes Benz terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

​Beliau berkata, pemandu lori Mercedes Benz mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala mangsa yang maut telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus untuk tindakan lanjut.

​"​Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved