Lelaki maut rempuh tembok stesen timbang

LocalCars
18 Feb 2025 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Sengkang-Felda Inas, Bandar Tenggara, awal pagi Selasa. Foto IPD Kluang

image is not available
Penunggang motosikal maut selepas kenderaannya terbabas dan merempuh tembok stesen timbang di Jalan Sengkang-Felda Inas, Bandar Tenggara, awal pagi Selasa. Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh tembok stesen timbang di Jalan Sengkang-Felda Inas, Bandar Tenggara, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi ketika mangsa yang berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Bandar Tenggara ke Kulai.

**media[3012998]**

“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda RS 150R yang ditunggang mangsa hilang kawalan ketika sampai di lokasi.

"Akibatnya, motosikal berkenaan terbabas ke bahu jalan sebelah kanan hingga merempuh tembok stesen timbang," katanya.

Beliau berkata, akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang beralamat di Gelang Patah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian muka, kepala dan badan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.