Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

23 Sep 2026 • 2:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

IPOH: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa warga tempatan berusia 29 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

 

The post Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved