Pekerja Myanmar maut terjatuh, JKKP keluarkan notis henti kerja

23 Sep 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja Myanmar maut terjatuh, JKKP keluarkan notis henti kerja

GEORGE TOWN – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Larangan bagi menghentikan aktiviti kerja berkaitan selepas seorang pekerja maut akibat runtuhan struktur steel box section (cantilever) di sebuah tapak pembinaan di Jelutong, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang, Isnin lalu ketika mangsa sedang menjalankan kerja merombak dan memasang struktur berkenaan sebelum ia runtuh.

JKKP Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, siasatan awal dijalankan pihaknya semalam bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Susulan kejadian, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Larangan bagi menghentikan aktiviti kerja berkaitan serta Arahan Larangan Kacau Ganggu bagi memastikan kawasan kejadian dikekalkan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut kini dijalankan dengan memanggil pihak majikan dan saksi kejadian bagi mendapatkan maklumat serta keterangan berkaitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan.

JKKP berkata, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja Myanmar maut terjatuh, JKKP keluarkan notis henti kerja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved