![Image from: [VIDEO] Terkejut polis patah balik, ingat rumah kena rompak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-23-at-12.37.00-PM-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila polis peronda sanggup berpatah balik semasa melihat pagar rumahnya tidak ditutup pada awal pagi.
Menerusi perkongsian di Threads Norainimaan, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi apabila anggota polis menyedari pagar rumahnya tidak ditutup.
“Polis ingat rumah aku kena rompak sebab pagar tak tutup. Gigihlah undur balik, nak pastikan kami baik-baik. Nah bukti pukul 1.15 pagi weh,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Katanya, tindakan anggota terbabit menjadi bukti masih ramai anggota polis yang mengambil berat soal keselamatan orang awam.
“Janganlah pukul rata semua polis. Ada je polis yang buat kerja baik,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan tindakan anggota berkenaan sebagai satu contoh sikap prihatin ketika menjalankan tugas.
“Ramai je yang ok polis ni.. jaga kita semua… tanpa dia orang boleh huru-hara kita dibuatnya,” kata Mataowl.
“Peribahasa yang boleh kita ambik pengajaran. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab itu penting jaga martabat,” kata Akmal.
“Sama pengalaman, pernah suami naik tidur pagar tak tutup, grill pintu tak tutup. Polis ronda tu turun ketuk pintu, kami tidur mati pula malam tu. Polis ketuk pintu jiran, jiran telefon baru tersedar. Aduhai menyusahkan orang betul,terima kasih PDRM,” kongsi Hazwani. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Terkejut polis patah balik, ingat rumah kena rompak appeared first on Kosmo Online.





![Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/anggota-polis-baik_netizen_1.jpg?t=1790141550)
