Suspek larikan kereta curi berjaya ditahan

LocalCars
13 Aug 2026 • 3:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek larikan kereta curi berjaya ditahan

SUNGAI PETANI: Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah kenderaan curi gagal selepas terlibat kemalangan semasa dikejar kenderaan polis peronda (MPV) di Jalan Sungai Lalang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 pagi.

“Seorang anggota polis menghubungi DCC memaklumkan dia sedang mengejar kereta jenis Honda Integra berwarna putih milik rakannya yang dilaporkan hilang di Alor Setar, kelmarin selepas terserempak dengan kenderaan itu berdekatan sebuah stesen minyak.

“Semasa cuba melarikan diri, kereta curi dipandu suspek terlibat kemalangan dengan beberapa kenderaan lain di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya,” katanya.
Hanyan berkata, suspek berusia 54 tahun mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan itu dan ditahan untuk tindakan lanjut.

“Semakan lanjut mendapati dia mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah dan kini dalam proses permohonan reman di Mahkamah Sungai Petani,” katanya. – UTUSAN

The post Suspek larikan kereta curi berjaya ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved