Lelaki maut terkena renjatan elektrik

28 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di hadapan pintu gerbang sebuah sekolah di Kudat.
Image from: Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KUDAT - Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di hadapan pintu gerbang sebuah sekolah di sini, pada Rabu.

Mangsa warga Filipina berusia 56 tahun dikatakan terjatuh selepas tangga yang digunakannya terkena kabel elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Darikson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.31 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari BBP Kudat.

"Mangsa merupakan seorang pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan dan pembaikan lampu di kawasan pagar sekolah.

"Semasa menjalankan kerja tersebut, tangga yang digunakan mangsa telah terkena kabel elektrik, menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik sebelum terjatuh dan orang awam segera menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan.

**media[3691541]**

Katanya lagi, pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal di lokasi kejadian sebelum tindakan mengeluarkan mangsa.

"Pasukan bomba menghubungi pihak Sabah Electricity untuk mendapatkan bantuan memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan.

"Sebaik bekalan elektrik diputuskan, operasi menyelamat diteruskan dengan selamat," katanya.

Darikson berkata, mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 9.46 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved