Penunggang motosikal maut bertembung van langgar lampu isyarat merah

28 Oct 2026 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut bertembung van langgar lampu isyarat merah
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko.

KAJANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah van Toyota Hiace berwarna putih membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal Yamaha yang bergerak lurus.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal warga tempatan berusia 20 tahun itu telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu van berusia 71 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, ujian air kencing terhadap pemandu van berkenaan didapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod, menerusi talian 017-381 8422 bagi membantu siasatan," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved