Warga emas maut jatuh gaung 150m

17 Aug 2025 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

TAMPARULI: Seorang lelaki berusia 67 tahun maut selepas terjatuh ke gaung sedalam 150 meter ketika dalam perjalanan ke kebun di Kampung Kionsom Baru di sini, Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.14 malam.

Katanya, 10 anggota dikerah ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebaik tiba di lokasi, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa naik lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, Sabtu.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam,” katanya.