Lelaki maut tersepit nahas lapan kenderaan

14 Sep 2026 • 10:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut tersepit nahas lapan kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda akibat kemalangan membabitkan tujuh kenderaan dan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat, Jalan Kolam, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun yang memandu Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 7.55 pagi,” katanya.

The post Lelaki maut tersepit nahas lapan kenderaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved