Lelaki mengaku bekerja sebagai penyeludup untuk sara anak, isteri

27 Jul 2026 • 2:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki mengaku bekerja sebagai penyeludup untuk sara anak, isteri

BACHOK: Seorang pemandu lori mengakui menjadikan kegiatan membawa barangan seludup sebagai sumber rezeki untuk menyara isteri dan anak-anak.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan
anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika sedang memungah 10,200 kilogram (kg) minyak masak peket di sebuah rumah tinggal di Kampung Pauh Sembilan di sini hari ini.

Menurutnya, dia sudah lama bekerja sebagai ‘transporter’ dan pernah berkhidmat dengan beberapa sindiket penyeludupan di negeri ini.

“Ini merupakan kali pertama di bekerja dengan sindiket penyeludupan minyak masak peket dan tidak menyangka ditangkap ketika sedang memunggah kesemua barangan tersebut ketika tiba di rumah tersebut.

“Ini cara saya mencari rezeki untuk anak dan rezeki. Sebelum ini, saya pernah 10 kali ditangkap atas kesalahan menyeludup beras Siam dan kes-kes polis. Jika tidak buat kerja ini, apa lagi saya boleh buat,” katanya ketika ditemui semasa serbuan di rumah tersebut hari ini.

Lelaki itu memberitahu, dia mengambil kesemua 600 kotak minyak masak peket ini di beberapa premis di Lembah Klang sebelum membawa ke rumah transit berkenaan berpandukan kepada arahan yang diterima.

Katanya, dia mengaku menerima upah sebanyak RM300 daripada sindiket penyeludupan untuk perjalanan pergi dan pulang dari Lembah Klang dengan membawa kesemua minyak masak itu.

“Sindiket penyeludupan menyediakan sebuah lori dan wang tunai sebanyak RM1,500 untuk kegunaan membeli diesel, makan dan minum saya sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Lembah Klang sebelum pulang ke sini.

“Daripada jumlah wang itu, sebanyak RM300 memang upah untuk saya membawa minyak masak peket tersebut,” ujarnya.

The post Lelaki mengaku bekerja sebagai penyeludup untuk sara anak, isteri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved