Lelaki mengaku salah cabul kanak-kanak perempuan

13 Nov 2026 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki mengaku salah cabul kanak-kanak perempuan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 56 tahun mengaku bersalah melakukan gangguan seksual secara fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun enam bulan.

Hayer Abdullah membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan ketika prosiding pengurusan kes bagi penyerahan semua dokumen berkaitan kepada tertuduh.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Hayer berhasrat menukar pengakuannya sebelum mengakui pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 November ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta kes dikemukakan.

Mengikut pertuduhan, Hayer didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyentuh kemaluan mangsa pada waktu petang, Jun tahun ini di tangga sebuah bangunan di Inanam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut melanjutkan perintah remannya sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala Hayer diwakili peguam Jasamine Tan dan Lim Ming Zoong @ Lawrence.

Dalam mahkamah sama seorang lelaki berusia 41 tahun dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah mengambil dadah jenis syabu bagi kali ketiga.

Mohd Aimi Abdul Hamid mengaku mengambil dadah itu pada jam 8 malam, 15 September lalu selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Dia mempunyai rekod sabitan terdahulu atas kesalahan mengambil syabu pada 2021 dan 2024.

Selepas selesai menjalani hukuman penjara, Mohd Aimi turut diperintahkan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved