Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen

18 Nov 2022 • 10:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki di Miri mengaku jadi polis selepas ganggu orang

Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen. Orang lain susah payah nak jadi anggota beruniform. Tidak kira sebagai anggota polis ke tentera ke memang bukan satu perkara yang mudah.

Namun, seorang lelaki di Miri ini dengan sewenang-wenang telah mengaku dirinya sebagai seorang polis yang bertugas di Miri selepas mengganggu seorang individu lelaki melalui Whatsapp.

image is not available
Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen. Sumber gambar: FB Melbert Mino

Ganggu menerusi pesanan Whatsapp dan ugut untuk menangkap

Menurut perkongsian individu yang memiliki akaun Facebook Melbert Mino, beliau telah diganggu berkali-kali dengan sebuah pesanan Whatsapp yang pada mulanya sempat dipadam oleh individu yang tidak dikenali tersebut.

Selepas membalas hanya beberapa patah kata, lelaki tersebut seolah-olah enggan pula menjawab pertanyaan daripada beliau lalu dengan angkuh membalas dan memberitahu bahawa dirinya seorang polis di Miri.

image is not available
Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen. Sumber gambar: FB Melbert Mino

Bukan itu sahaja, perkongsian gambar tangkapan skrin yang turut dimuatnaik itu juga menunjukkan bahawa lelaki yang mengaku sebagai polis tersebut menyatakan namanya sebagai Steven Cheng. Malah, diakhir pesanan, Steven juga mengugut untuk menangkap beliau.

Dengan perkongsian tersebut, netizen mencela dan mengecam perbuatan individu lelaki ini sehingga ada yang menanda Facebook milik Polis Diraja Malaysia supaya individu ini diambil tindakan. Bahkan, ada yang menduga mungkin Steven ini baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang scammer.

image is not available
Sumber gambar: FB Melbert Mino

Ada-ada sahaja perangai orang zaman kini kan. Kalau nak baca cerita menarik yang lain boleh baca artikel dibawah: