Lelaki Mengamuk Tikam Dua Mangsa, Maut Dibelasah Penduduk Kampung

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 10:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lelaki

Satu kejadian menggemparkan berlaku di Felda Jengka 2, Maran apabila seorang lelaki berusia 57 tahun maut dipercayai dibelasah penduduk kampung.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 pagi semalam dan penduduk kampung bertindak seperti itu selepas lelaki itu mengamuk dan menikam seorang wanita dan remaja.

Polis temui lelaki tidak sedarkan diri…

image is not available

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, anggota dari Balai Polis Sungai Jerik bergegas ke lokasi selepas menerima laporan.

Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati sudah tidak sedarkan diri, dengan kesan lebam serta kebiruan di bahagian mata dan tangan yang terikat.

Dua mangsa cedera parah ditikam…

image is not available

Saksi memaklumkan lelaki itu bertindak agresif terhadap seorang wanita berusia 52 tahun dan anak saudaranya yang baru berusia 16 tahun.

Wanita cedera akibat tikaman di perut sedalam 3cm, tikaman pada tangan kanan dan kecederaan di dagu.- Kata Wong.

Remaja lelaki pula ditikam di paha kanan dengan kedalaman luka sekitar 2cm.

Empat lelaki ditahan, pisau ditemui…

Pegawai perubatan Hospital Jengka mengesahkan lelaki itu meninggal dunia. Wanita berkenaan kini masih dirawat, manakala remaja terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Dalam perkembangan terkini, empat lelaki telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak forensik turut menemui pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden ini.

#ApaKataOhmedia

Kejadian ini sekali lagi membuka mata kita tentang pentingnya kawalan emosi dan keselamatan komuniti. Apa pun punca lelaki ini bertindak ganas, tindakan membalas dengan kekerasan juga boleh membawa padah.

Semoga mangsa cepat sembuh dan pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan adil. Hati-hati bila berdepan individu yang mengamuk, nyawa bukan mainan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.